Perikatan Nasional, PN masih belum mempuyai tarikh baharu bagi mengadakan perjumpaan susulan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan pelbagai isu.